Hari Terbuka Dan Sambutan Hari Raya PI Kubu Gajah
9 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg.Kubu Gajah telah mengadakan Hari Terbuka dan Sambutan Hari Raya pada 08 Julai 2018. Hari terbuka ini merupakan kerjasama daripada JKKK Kg. Kubu Gajah. Hari terbuka PI Kubu Gajah ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada komuniti setempat. Selain itu juga, hari terbuka ini dapat mengeratkan hubungan antara staf PI dengan komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari terbuka. Hari terbuka ini bermula pada pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti pertandingan Make Up raya, pertandingan mengayam ketupat raya, baking raya, pertandingan selfie raya, taklimat advokasi dan Program E-Waste. Selain itu juga, cabutan bertuah dan pembahagian duit raya disediakan kepada komuniti yang terpilih.
Hari terbuka ini telah dihadiri oleh oleh ahli parlimen Sg.Buloh iaitu Yang Berhormat Sivarasa Rasiah dan ahli Adun Sg.Buloh iaitu YB Mohd Khairuddin bin Othman. Hari terbuka ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih daridapa 300 ratus orang komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: